Select Page

Ratchaburi FC dan PT Prachuap jadi pilihan Selangor FC

Ratchaburi FC dan PT Prachuap jadi pilihan Selangor FC

KELAB Ratchaburi yang kini diwakili Safawi Rasid bakal menjadi aksi pemanas badan Selangor FC pada siri jelajah di Thailand bermula 5 hingga 10 Februari nanti.

Selain Ratchaburi yang beraksi dalam saingan liga 1 Thai, Selangor yang dibimbing Tan Cheng Hoe juga akan menentang PT Prachuap yang diperkuatkan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Junior Eldstal.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Hamidon berkata, Gergasi Merah akan menjalani aksi di Thailand selepas berakhirnya kejohanan Piala Harapan 2023 yang disertai Penang FC, Geylang International FC dan Kedah Darul Aman selaku tuan rumah.

“Merah Kuning akan menentang dua pasukan kelab yang beraksi di Thailand iaitu Ratchaburi FC dan PT Prachuap selepas kejohanan di Piala Harapan 2023.

“Kami akan berada di Thailand mulai 5 Februari dan dijangka berakhir pada 10 Februari,” katanya ditemui pada majlis memperkenalkan jersi Selangor FC (Home) pada Sabtu.

Selain Selangor, beberapa pasukan lain kini turut menjalani sesi jelajah antaranya JDT (Dubai), Sabah FC, Sri Pahang FC (Thailand) sebagai persiapan mengharungi saingan Liga Malaysia 2023.

Persiapan Selangor FC musim ini dilihat menyakinkan dengan kemasukkan beberapa muka baharu terutamanya import serta pemain tempatan.

Antara muka baharu Ruventhiran, Khuzaimi Piee, Faisal Halim manakala pemain import pula, Noor Al-Rawabdeh serta Rauf Salifu dan terbaharu Ayron Del Valle.

Video Terkini

Loading...