PENYERANG baharu Selangor FC, Ayron Del Valle mengimpikan gelaran menggenggam mahkota penjaring terbanyak Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Berasal dari Columbia dan diperkenalkan secara rasmi selaku pemain import baharu Selangor FC, De Valle pernah muncul sebagai penjaring terbanyak Liga Colombia tiga musim berturut-turut bersama Deportes Tolima pada musim 2014, Alianza Petrol (2015) dan CD America de Cali (2016).
Jelas Ayron, walaupun rekod lalu begitu ampuh namun dia mengakui cabaran berbeza bakal ditempuhnya.
Katanya, dia enggan meletakkan sasaran untuk muncul penjaring terbanyak di Liga Malaysia tetapi mengakui akan berusaha keras bagi meraihnya.
“Saya tidak berjanji berapa banyak gol tapi saya berjanji akan berusaha keras untuk pasukan.
“Apa yang penting saya akan cuba sedaya upaya untuk membawa pasukan mencapai kemenangan,” katanya pada sidang media Hari Selangor dan pelancaran Jersi, Sabtu.

De Vella disambut Penolong ketua jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote.
Ujarnya lagi, ini adalah penampilan pertamanya di Asia selepas banyak menghabiskan masa di benua Amerika Latin.
“Selangor sebuah kelab besar dan saya sudah tidak sabar untuk beraksi. Saya akan beri sebaiknya untuk pasukan dan cuba lakukan sebaiknya,” katanya.
Musim lalu, penyerang berbisa Harimau Selatan, Bergson da Silva dinobatkan selaku penjaring terbanyak Liga Super dengan 29 gol memecahkan rekod jaringan dan celaran diraih Herlison Caion (Selangor FC) musim 2021.
Dalam perkembangan sama, pemain berusia 34 tahun itu, menolak persepsi bawaha usianya yang dianggap ‘veteran’ menyukarkan misi untuk menggegarkan kempen Liga Super yang akan membuka tirai rasmi pada 24 Februari ini.
“Saya rasa usia bukanlah penghalang untuk saya menyerlah pada musim ini. Situasi ini disebabkan saya berada pada tahap terbaik dalam karier dan sangat menyerlah ketika bersama skuad Millonarios di Liga Colombia tahun lalu.
“Malah, saya juga tidak mahu mensiakan peluang yang diberikan memandangkan ini adalah kali pertama saya beraksi di luar benua Amerika Selatan sepanjang karier,” katanya.