WALAUPUN mendapat tawaran beberapa kelab terkemuka, tonggak import Sabah FC, Saddil Ramdani lebih mengutamakan ibunya dari impiannya berkelana ke kelab lain.
Saddil ketika ini telah mendapat sekurang-kurangnya enam tawaran apabila kontraknya bersama Sabah FC tamat November ini.
Teka-teki masa depan Saddil Ramdani belum juga terkuak, sang ibu kini menyarankan untuk bertahan di Sabah FC. 🤔https://t.co/n4f16ZBknp
— BolaSport.com (@BolaSportcom) November 7, 2022
“Ya benar, ada empat kelab Liga 1 Indonesia yang menawarkan kontrak. Saya ini tulang belakang keluarga yang mempunyai empat adik beradik dan mereka tinggal bersama ibu.
“Saya tidak punya ayah seperti orang lain yang boleh memberikan sokongan, bimbingan, atau membiayai seluruh keperluan keluarga.
“Jadi saya bingung dan berfikir apakah saya harus korbankan karier saya atau saya harus lebih memikirkan keluarga.
“Kalau dalam hati saya dan keluarga saya terutama ibu saya, dia ingin saya tetap seperti sekarang (kekal di Sabah).
“Kerana ibu, saya berpendapat rezeki saya lagi bagus di Sabah FC. Tapi di sisi lain saya juga mempunyai keinginan untuk bermain di Eropah, ” katanya.
🚨 SELESAI 🚨
🇲🇾Sabah FC menyudahi musim 🇲🇾MSL 2022 dengan berada di peringkat ke-3. Prestasi terbaik klub berjuluk The Rhinos tersebut di era Liga Super.
Pemain Indonesia, Saddil Ramdani (22/FW) catat 17 kali penampilan dengan torehan 4 gol dan 6 asis
1️⃣0️⃣ G/A ‼️ pic.twitter.com/z5FZHx46xI
— #PrayForAremania🥀 (@Indostransfer) October 15, 2022
Bersama Sabah musim ini, Saddil cemerlang tampil dalam 17 aksi dan membantu Sabah menamatkan Liga Super 2022 di kedudukan ketiga.
Pemain kelahiran seberang itu juga berjaya mencetak empat gol dan enam assists dalam 17 penampilan di Liga Super.
Ia sekaligus memperbaiki rekod buruk The Rhinos apabila sekadar berada di tangga kesepuluh liga pada 2020 dan kesembilan liga pada 2021.