GELARAN Copa Amerika, trofi Piala Dunia, dan kini kemenangan pertama di Brazil membuatkan jurulatih pasukan Argentina, Lionel Scaloni, mempertimbangkan keputusan sama ada dia akan terus menjadi jurulatih kelab itu.
“Saya perlu berfikir dengan teliti tentang apa yang akan saya lakukan. Saya perlukan masa untuk berfikir,” katanya dalam sidang media selepas kemenangan Argentina 1-0 ke atas Brazil pada Selasa dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia di Rio de Janeiro.
Scaloni berkata dia akan mempertimbang perkara itu sebelum berbincang dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA), Claudio Tapia dan para pemain ‘kerana pasukan kebangsaan ini memerlukan jurulatih yang mempunyai tenaga sepenuhnya, dan merasa baik.’
Keputusan perlawanan di Stadium Maracana itu merupakan kekalahan pertama Brazil di laman sendiri dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.
“Ini bukan satu perpisahan, ini bukan perkara lain. Tetapi saya perlu berfikir kerana matlamat yang ditetapkan sangat tinggi dan agak sukar untuk meneruskannya. Sukar untuk terus menang,” ujar Scaloni.
🗣 "Some of [the players] had family members near there."
Argentina manager Lionel Scaloni discusses the 'very ugly' scenes as fans clashed during his side's 1-0 win against Brazil. pic.twitter.com/POsKrtzo9X
— Sky Sports News (@SkySportsNews) November 22, 2023
Dia tidak menjawab pertanyaan lain selepas memberi kenyataan itu.
Kontrak Scaloni, 45, yang dilanjutkan sehingga Piala Dunia 2026 selepas kemenangannya tahun lalu di Qatar, telah menggantikan Jorge Sampaoli sebagai jurulatih selepas Argentina kalah menentang Perancis dalam pusingan 16 pada Piala Dunia 2018.
Sebelum dia menghadiri sidang media pada Selasa, Scaloni dilihat memberikan pelukan penuh emosi kepada anggota kakitangan Argentina yang lain. Ia merupakan perlawanan terakhir pasukan itu pada 2023.
Terdahulu, Argentina mendahului 10 pasukan kelayakan Amerika Selatan dengan memperoleh 15 mata dari enam perlawanan, diikuti oleh Uruguay pada 13 dan Colombia pada 12. Brazil boleh menamatkan tahun ini di kedudukan keenam, dengan tujuh mata diperoleh.
Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada bakal merangkumi 48 pasukan, yang bermaksud kemasukan secara langsung untuk enam pasukan teratas dari Amerika Selatan.