PASUKAN Barnsley FC telah disingkirkan dari saingan Piala FA kerana memasukkan pemain yang tidak layak dalam kemenangan ulangan pusingan pertama mereka di Horsham.

Pasukan peringkat ketujuh liga kini akan berdepan kelab Liga Dua, Sutton United pada pusingan kedua.

Barnsley yang kini bermain di Liga Satu telah memenangi ulangan tersebut 3-0 minggu lalu selepas seri 3-3 dalam perlawanan pertama di Oakwell.

“Kami ingin memohon maaf kepada penyokong, pemain, dan kakitangan kami atas kesilapan yang mengecewakan ini,” kata mereka dalam sebuah kenyataan di laman web kelab itu.

Walaupun Barnsley tidak menyebut nama pemain itu, peraturan Persatuan Bola Sepak menyatakan hanya pemain yang layak untuk perlawanan Piala FA pertama yang boleh bermain dalam permainan ulangan.

Image

Di bawah peraturan FA, Aiden Marsh tidak akan dapat bermain dalam perlawanan Piala FA yang didaftarkan dengan dua pasukan berbeza (York City dan Barnsley) sehingga pasaran perpindahan musim sejuk dibuka secara rasmi.

Penyerang Aiden Marsh berada dalam pinjaman pasukan Liga Kebangsaan York City semasa permainan pertama berlangsung pada 3 November, sebelum dipanggil semula tiga hari kemudian.

Pemain berusia 20 tahun itu kemudiannya memulakan permainan ulangan di Sussex Barat pada 14 November.

“Kesilapan ini walaupun tidak disengajakan, jatuh jauh di bawah standard tinggi yang kami tetapkan di kelab ini dan bukan apa yang anda layak.”

“Kami telah menjalankan penyiasatan dalaman secara menyeluruh dan seterusnya telah mengambil langkah-langkah berjaga-jaga untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi,” tambah kenyataan Barnsley.

Barnsley's Oakwell home

Barnsley kini berada di posisi keenam dalam Liga Satu selepas 16 perlawanan.

Barnsley boleh membuat rayuan, namun Tykes berkata mereka telah menerima keputusan itu.

Keputusan itu bermakna pasukan Divisyen Liga Perdana, Isthmian Horsham kini akan bermain di pusingan kedua Piala FA untuk kali kedua dalam sejarah mereka.

Pengerusi Horsham, Kevin Borrett memberitahu BBC Radio Surrey: “Saya sangat gembira untuk kelab kami, juga bersimpati untuk Barnsley. Penyokong mereka pasti kecewa, dan saya mendoakan yang terbaik untuk mereka.”

“Pengerusi Barnsley dan saya mengadakan beberapa perbincangan pada hujung minggu semasa mereka bersiap sedia memberi respon kepada tuduhan FA. Sebagai kelab, saya rasa kami telah bekerjasama dengan baik dalam kedua-dua ulangan dan penyokong-penyokong telah bersatu dalam beberapa perkara dan ada hubungan baik di antara mereka juga.”

Barnsley merupakan kelab kedua yang pernah dikeluarkan dari kempen Piala FA.

Bury merupakan kelab terakhir yang dikeluarkan dari pertandingan pada peringkat pusingan pertama atau selepas pada 2006, ketika pasukan Liga Dua ketika itu memasukkan pemain pinjaman dari Hartlepool, Stephen Turnbull, tanpa kebenaran yang sewajarnya dalam kemenangan ulangan pusingan kedua ke atas Chester.