SUNGGUH mengecewakan, selepas berhempas pulas membantu pasukan layak ke pusingan akhir Piala Dunia, namun dipalit kecederaan.

Musnah segala impian terbesar pemain untuk mempamerkan aksi di pentas  tertinggi bola sepak dunia itu.

Berikut 10 pemain yang terlepas Piala Dunia akibat kecederaan.

Paul Pogba terpaksa diketepikan dan pasti satu kehilangan besar buat Perancis

PAUL POGBA (Perancis)

Mungkin bintang paling besar tidak dapat ke Piala Dunia adalah Paul Pogba. Bintang yang berada dalam skuad juara Piala Dunia dan Euro itu adalah pemain utama Perancis untuk mempertahankan gelaran di Qatar kali ini.

Pogba menjalani pembedahan kecederaan lutut September lalu dan tidak sempat pulih untuk membantu Perancis mempertahan kejuaraan pada perlawanan pembukaan menentang Australia esok.

Sadio Mane mengetuai Senegal di AFCOn awal tahun ini, terpaksa melupakan Piala Dunia. – Reuters

SADIO MANE (Senegal)

Penyerang Senegal, Sadio Mane berada d alam senarai awal ke Qatar namun terpaksa digugurkan dua hari sebelum kejohanan bermula.

Mane bergelut dengan kecederaan kaki ketika beraksi bersama kelab Bayern Munich awal bulan ini.

Berita itu tidak disenangi peminat Senegal kerana harapan mereka untuk kejayaan “Teranga Tigers” terletak di bahu Mane. Senegal bermain perlawanan pertama mereka menentang Belanda, hari ini.

Marco Reus diketepikan lagi dalam senarai Piala Dunia. – Reuters

MARCUS REUS (Jerman)

Marcus Reus ada berkongsi nasib malangnya gagal ke Piala Dunia.

Pemain berusia 33 tahun itu terlepas aksi 2014 akibat kecederaan dan pasukannya menjulang trofi juara.

Dia dijangka kembali dari kecederaan untuk aksi Piala Dunia 2022, namun dibelenggu kecederaan buku lali pula lalu disisihkan sekali lagi.

Diego Jota antara tonggak utama Portugal. – AFP

DIOGO JOTA (Portugal)

Salah seorang penyerang utama Portugal, Diogo Jota antara nama yang tersenarai dalam kesebelasan utama pasukan itu sepanjang kempen Piala Dunia. Namun dia berdepan kecederaan betis ketika beraksi ebrsama Liverpool Oktober lalu.

Jota menolak untuk menjalani pembedahan menyaksikan proses pemulihannya perlahan dan tidak sempat menyertai pusigan akhir Piala Dunia.

Amine Harit pernah ebraksi di Piala Dunia 2018 mewakili Iran. – Reuters

AMINE HARIT (Morocco)

Ketika semua rakannya di Qatar, Amine Harit terpaksa ditinggalkan kerana kecederaan. Bintang penyerang Marseille itu berdepan kecederaan lutut yang dialami sejurus sebelum ke Doha.

Pemain berusia 25 tahun itu terpaksa diusung keluar menggunakan pengusung, sekali gus mengecewakan penyokong Morocco.

Arthur Melo berpindah ke Liverpool untuk mulakan kerier baru

ARTHUR MELO (Brazil)

Bukan semua kecederaan bola sepak berpunca dari perlawanan dan itulah situasi dihadapi Arthur Melo, yang cedera paha kiri ketika berlatih di kelabnya, Liverpool Oktober lalu dan akan menghalang Melo dari aksi Piala Dunia.

Pemain berusia 22 tahun itu menunjukkan kekecewaannya dalam catatan Instagram: “Ia datang tepat pada masanya, selepas usaha yang gigih dan banyak kerja keras, saya bersedia untuk menempatkan diri saya dalam pasukan baharu saya dan bertekad untuk berjuang mengejar impian saya, bermain di Piala Dunia.”

Pada usianya, mungkin masih berpeluang beraksi empat tahun akan datang.

N’golo Kante adalah tonggak utama Perancis ketika pasukan itu menjulang Piala Dunia 2018. – AFP

N’GOLO KANTE (Perancis)

Jurulatih Perancis Didier Deschamps pasti berdepan kesukaran untuk mengisi kekosongan ditinggalkan N’Golo Kante di bahagian tengah jentera Perancis, menjelang pertemuan menentang Australia dalam pembukaa. Tonggak tengah itu mengalami kecederaan hamstring yang serius bulan lalu, menyebabkan dia tidak dapat bermain sehingga Januari.

Pemain berusia 33 tahun itu merupakan pemain utama di bahagian tengah Perancis ketika Les Blues memenangi Piala Dunia kedua mereka empat tahun lalu.

Yuta Nakayama cedera Achilles. – Reuters

YUTA NAKAYAMA (Jepun)

Menyertai senarai panjang penyerang dan pemain tengah yang tidak dapat ke Piala Dunia, adalah pemain pertahanan Jepun, Yuta Nakayama.

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan Achilles ketika bermain untuk kelab Huddersfield Town awal bulan ini. Nakayama memperoleh 17 kaps bersama Jepun dan berada dalam skuad kendalian jurulatih Hajime Moriyasu ke Qatar sehingga dia mengalami kecederaan awal bulan ini.

Jojo Wallacott alami kecederaan jari

JOJO WALLACOTT (Ghana)

Pasukan Ghana boleh mengharapkan banyak sokongan peminat di Qatar ketika membuka kempen Piala Dunia menentang Portugal pada 24 November. Bagaimanapun, mereka akan kehilangan pertahanan terakhir, iaitu penjaga gol mereka Jojo Wallacott yang telah diketepikan daripada kejohanan kerana kecederaan jari. .

Wallacott bermain untuk kelab Charlton Athletic di England, dan diketepikan daripada skuad 26 pemain kurang seminggu sebelum bermulanya Piala Dunia.

Laporan media Ghana dilaporkan memetik, Wallacott pergi bersama skuad itu ke Qatar tetapi tidak menyertai perlawanan.

Giovani Lo Celso mempamerkan kesarian dengan Messi, terpaksa melupakan aksi di Piala Dunia. – Reuters

GIOVANI LO CELSO (Argentina)

Argentina adalah antara pilihan untuk menjulang trofi di Qatar, dan bukan hanya kerana Lionel Messi.

Finalis 2014 mempunyai senarai pemain yang hebat dalam skuad mereka, selain kejuaraan Copa Americayang dipegang. Salah satu watak terpenting dalam kemenanganketika menjulang trofi Copa America, bagaimanapun tidak akan beraksi di Qatar.

Giovani Lo Celso, watak penting di bahagian tengah Argentina, diketepikan selepas mengalami kecederaan otot bulan lalu. Lo Celso sangat penting buat jurulatih Lionel Scaloni sehinggakan dia berkata tiada pengganti untuk pemain tengah berusia 26 tahun itu.

KARIM BENZEMA (Perancis)

Manakala yang terbaharu, penyerang Perancis Karim Benzema terpaksa ‘berputih mata’ untuk bermain di Piala Dunia tahun ini beikutan mengalami kecederaan paha ketika menjalani latihan di Qatar.

Benzema,34, penerima Ballon d’Or 2022, dinobatkan pemain terbaik dunia selepas membantu Real Madrid merangkul gelaran Liga Juara-Juara dan La Liga.