JAGUH berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat sedang meluangkan masa sepenuhnya terhadap keluarga tercinta selepas menjalani tempoh rehab akibat kecederaan yang menimpa beliau pada 15 September lalu.

Azizulhasni yang sepatutnya beraksi pada Sukan Asia Hangzhou 2023 telah menarik diri berikutan rekod kecederaan di kaki dan pinggul kiri susulan kemalangan dialaminya ketika sesi latihan di Velodrom Nasional Nilai.

Namun begitu, beliau yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ ini terpaksa akur menerima ketentuan yang ditetapkan dan mengambil peluang ini untuk menebus masa bersama dengan tulang belakangnya iaitu isteri dan anak-anak beliau.

Azizul yang baru-baru ini memuat naik foto bersama dua anak perempuannya di laman sosial peribadi beliau telah membuktikan lagi bahawa selain bersukan, keluarga juga adalah yang paling utama untuk diberi tumpuan.

Sempat untuk mengambil beberapa komen positif daripada para pengikut beliau dimana ada yang berharap supaya anak perempuannya itu mewarisi bakat ayahnya sekaligus menyambung legasi dalam dunia berbasikal dan ramai juga yang turut memuji kemanisan wajah anak daranya itu

Sementara itu, pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu sempat mengucapkan tahniah kepada trio pecut lelaki dan wanita yang meraih pingat gangsa dalam acara berpasukan dalam Sukan Asia Hangzhou pada 26 September lalu.