SEORANG lelaki didenda setelah menyerang penjaga gawang Arsenal, Aaron Ramsdale selepas tamat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.
Ketua Polis Metropolitan mengesahkan bahawa Joseph Watts berdepan dakwaan menyerang dengan tujuan mencederakan, dengan memasuki padang secara haram dan melempar objek terlarang ke dalam padang.
Tertuduh berusia 35 tahun itu diperintah membela diri di Mahkamah Highbury Magistrates pada 17 Februari.
Dalam pada itu, Ramsdale masih lagi teruja dengan kemenangan skuadnya dalam aksi tersebut setelah berjaya menang 2-0.
Tindakan dari penyokong Tottenham tersebut dikecam keras Persatuan Bolasepak Professional termasuk kelab Tottenham sendiri.
Kelab tersebut meminta siasatan dilakukan segera pihak berkuasa dengan menyenaraihitamkan penyokong tersebut dari memasuki stadium selama-lamanya.
ARTIKEL BERKAITAN : PFA kutuk serangan penyokong ke atas Ramsdale