LIVERPOOL menempah tempat ke pusingan keempat Piala FA apabila skuad muda mereka berjaya menewaskan Wolves, 1-0 pada aksi yang diadakan di Molineux, awal pagi tadi.

Selepas seri 2-2 pada aksi di Anfield, Liverpool terpaksa bertandang ditempat lawan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga dengan Harvey Elliott dianggap wira pasukan selepas meledak gol tunggal kemenangan pada minit ke-13.

Jurgen Klopp mengatur perubahan  besar selepas seri 2-2 perlawanan di Anfield dengan pemain muda Stefan Bajcetic masuk ke dalam kesebelasan utama, termasuklah Kostas Tsimikas.

Elliott membuka jaringan pada minit ke-13, melepaskan rembatan dari jarak jauh yang tidak memberi peluang kepada penjaga gawang tuan rumah, Jose San.

Sebelum perlawanan, Wolves mengumumkan pembelian Pablo Sarabia dari Paris Saint-Germain. tetapi ia adalah salah seorang daripada tiga barisan hadapan Liverpool yang menarik perhatian lebih awal.

Harvey Elliott tidak selalu digunakan oleh Klopp, tetapi itulah yang berlaku di Molineux dengan Mohamed Salah berehat dan Darwin Nunez, Roberto Firmino, Diogo Jota dan Luis Diaz semuanya tidak tersedia.

Gol itu adalah gol keempat Elliott musim ini, dengan tiga daripadanya datang dari Anfield yang memberikannya peluang besar untuk terus mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan.