NAMPAKNYA bertambah lagi satu orang kaya yang siap sedia membeli Manchester United. Kali ini datang dari anak jati Inggeris, individu itu adalah Sir Jim Ratcliffe.
Sebelum ini, United mendapat tawaran daripada Sheikh Jassim, yang merupakan pemimpin Qatar Islamic Bank menawarkan tawaran melalui yayasannya yang bernama Nine Two Foundation.
Sheikh Jassim yang merupakan fans United sedia menebus kelab kesayangannya itu dengan harga tak kurang dari £4 juta. Tetapi, Jassim tidak sendirian kerana ada lagi penyokong Red Devils yang ingin memperoleh kelab.
Dia adalah Sir Jim Ratcliffe yang merupakan pemilik syarikat kimia terbesar dunia Ineos. Lelaki berusia 70 tahun itu mempunyai kekayaan sekitar £12.5 juta.
Ratcliffe juga telah membuat tawaran rasmi untuk memiliki pegangan majoriti dalam United dan bersedia untuk meletakkan kelab itu kembali ke liga teratas selepas ‘terganggu’ dalam beberapa musim kebelakangan ini.
🚨 Manchester United fans, you have the choice between two new owners:
🇶🇦 Qatari investment
🏴 Sir Jim RatcliffeWho would you prefer? 🤔👇 pic.twitter.com/6BSl9YbwKI
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) February 18, 2023
“Kami boleh mengesahkan bahawa Sir Jim Ratcliffe dan Ineos telah membuat tawaran untuk memperoleh pegangan majoriti dalam Manchester United.
“Bagi pihak peminat dan komuniti yang lebih luas, kami merasakan adalah wajar untuk melindungi nama besar Manchester United.
“Kami sangat bercita-cita tinggi dan begitu kompetitif sehingga anda melabur di Manchester United untuk menjadikan kelab itu tempat di dunia semula.
“Kami juga sedar bahawa tadbir urus bola sepak di negara ini berada dalam keadaan terumbang-ambing. Kami ingin membantu bola sepak negara memasuki lembaran baharu, memelihara budaya bola sepak British dengan menjadikan kelab ini sebagai contoh untuk mengekalkan moden, progresif dan peminat kelab pertama.
“Kami mahu Manchester United berbangga dengan sejarah kejayaan mereka di Barat Laut England, kejayaan Manchester United di bandar Manchester dan fokus untuk memenangi Liga Juara-Juara,” kata Ratcliffe dalam satu kenyataan rasmi.
Sir Jim Ratcliffe sudah lama ingin memiliki Manchester United tetapi tidak pernah dapat melakukannya. Dia juga telah menawarkan diri membeli Chelsea musim panas lalu, tetapi dibatalkan.