PENYERANG prolifik Tottenham Hotspur dan Liverpool iaitu Son Heung-min serta Mohamed Salah, masing masing dianugerahkan kasut emas selepasa mencatat jaringan terbanyak sepanjang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Ia juga detik bersejarah buat Son apabila menjadi pemain pertama Asia mendapat pengiktirafan tersebut dan dia sendiri tidak percaya dapat merangkul Anugerah Kasut Emas tersebut yang diidamnya sejak kecil.

Dia menyifatkan sikap tidak berputus asa serta bantuan rakan sepasukan membolehkannya berada pada kelas tersendiri.

Salah turut menambah koleksi anugerahnya bersama The Reds.

“Saya tidak percaya, saya sangat beremosi, ianya adalah impian saya sejak kecil, dan kini mimpi tersebut menjadi realiti.

“Sebelum jaringan tersebut dilakukan, saya terlepas peluang terbaik menjaringkan gol.

“Saya beritahu rakan-rakan saya gagal menjaringkan gol mudah tetapi berjaya menjaringkan gol yang sukar.

” Saya tidak berputus asa, saya ingin  jaringan gol pada hari ini, pasukan membantu saya untuk jaringan pada separuh masa pertama, dan anda sendiri lihat apa yang berlaku,” jelasnya.

 

Rakan sepasukan Hotspurs, Harry Kane turut tidak terlepas mengucapkan tahniah kepada Son dengan kejayaan tersebut.

Penyerang Korea Selatan itu mencetak dua gol ketika membelasah Norwich City 5-0 manakala Mohamad Salah menjaringkan gol pada minit terakhir menentang Wolves yang berkesudahan 3-1, sekaligus meletakkan mereka berkongsi 23 gol pada musim ini.