STADIUM bola sepak Kuala Lumpur, Cheras menjadi pentas pertembungan sengit antara Palestin dan Jordan dalam perlawanan kelayakan AFC Asian Qualifiers – Road to 26, Selasa malam
Namun, suasana luar biasa ini bukan hanya disebabkan oleh aksi di atas padang, tetapi juga dari semangat membara 3,012 penyokong yang hadir ke stadium.
Dengan bendera besar Palestin dikibarkan dan suasana di Cheras cukup meriah.

Penyokong Palestin yang berasal dari Indonesia hadir ke stadium untuk memberikan sokongan kepada pasukan Singa Canaan itu.
Penyokong Palestin yang terdiri daripada rakyat Palestin, rakyat Malaysia, dan juga beberapa serantau antarabangsa, berkumpul dengan penuh semangat solidariti.

Penyokong Jordan yang tidak berhenti menyanyikan chant pada pasukan kesayangan mereka.
Di sudut lain, penyokong Jordan juga tidak kurang hebatnya, membawa bersama mereka semangat patriotisme yang mendalam untuk menyokong pasukan kebangsaan mereka.
Sejak sepak mula pada jam 10 malam, sorakan penyokong kedua-dua pasukan saling berbalas, menjadikan suasana stadium begitu hidup.
Chant seperti “Palestin! Palestin!” bergema di satu sudut, sementara di sudut bertentangan, penyokong Jordan menyanyikan chant mereka dengan penuh semangat.
Kedua-dua kumpulan penyokong tampak menghormati satu sama lain, walaupun bersemangat untuk mengangkat pasukan masing-masing.
Sorakan paling kuat jelas datang dari penyokong Palestin, ada juga yang mengenakan selendang keffiyeh.
Bagi mereka, perlawanan ini bukan sekadar tentang bola sepak ia adalah simbol perjuangan dan harapan untuk melihat Palestin diakui di pentas dunia.

Antara penyokong Malaysia yang hadir berikan sokongan kepada Palestin.
Penyokong Malaysia yang turut hadir memberikan sokongan padu kepada Palestin, menggambarkan solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Walaupun terdapat tekanan dan persaingan di atas padang, suasana di kalangan penyokong adalah harmoni dan penuh dengan semangat persaudaraan.
Satu momen yang menonjol ialah ketika kedua-dua kumpulan penyokong serentak melaungkan “free-free palestine” menggambarkan kebebasan untuk negara teluk itu, walaupun kebanyakkan penyokong berasal dari negara berbeza.
Perlawanan ini tidak sekadar menentukan siapa yang layak ke Piala Dunia, tetapi juga menunjukkan bagaimana bola sepak boleh menjadi platform perpaduan dan suara untuk golongan yang ditindas seperti Palestin.
Stadium bola sepak Kuala Lumpur, Cheras malam ini menjadi bukti betapa besarnya kuasa sukan dalam menghubungkan manusia melepasi sempadan geografi dan politik.

Yazan Alnaimat, pemain Jordan yang mendapat pemain paling bernilai dalam perlawanan malam ini.
Keputusan penuh memihak kepada jordan 3-1 Palestin dengan dua jaringan Yazan Alnaimat dan Noor Al Rawabdeh.