Select Page

Stadium Perak dah boleh main malam !

Stadium Perak dah boleh main malam !

SEMUA kerja pembaikan serta penggantian sistem lampu limpah di Stadium Perak, yang sebelum ini dilaporkan dicuri, siap sepenuhnya.

Menurut Facebook TBG Super Fan, kecerahan lampu limpah telah memenuhi syarat ditetapkan Malaysian Football League (MFL) bagi kegunaan pasukan Perak FC.

“Terus terang benderang stadium kita yeob .. repair nye satu tiang tapi sebelum ini ada beberapa spot yang tak mencapai 1200 lux.

“Kini kesemua lampu limpah telah melebihi had minima yang ditetapkan.

Aje handal MBI tuan tuan. Terima Kasih atas khidmat cemerlang ini,” menurut kenyataan itu.

 

Terdahulu, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin dalam satu laporan media berkata, ia dikendalikan serentak oleh tiga syarikat bagi memastikan ia dapat disiapkan sebelum perlawanan sulung Perak FC dalam Liga Super 2023 pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN : Stadium Perak, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin belum sah boleh digunakan untuk Liga Malaysia

Minggu lepas, tular di media sosial beberapa keping gambar keadaan kotak kabel lampu limpah selepas berlaku kecurian, sekali gus menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong The Bos Gaurus yang bimbang perlu menyaksikan perlawanan melibatkan pasukan kesayangan mereka pada sebelah petang.

Sepak mula Perak dan Kedah Darul Aman FC dijadual bermula jam 9 malam.

Video Terkini

Loading...