Kredit Gambar: ANDREW CABALLERO-REYNOLDS/AFP
Gandingan baharu Enrique Harrold-Elvis Priestly menghadiahkan pingat perak kedua buat kontinjen Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 selepas cemerlang dalam acara 10 meter (m) platform seirama lelaki di Pusat Akuatik Tokyo.
Dua penerjun muda negara itu mengumpul 377.52 mata selepas melengkapkan lima terjunan, sekali gus menamatkan saingan di tempat kedua.
Enrique, 23, dan Elvis, 19, pada awalnya bersaing rapat dengan pasangan Korea Selatan dan Jepun dalam perebutan tempat di podium sebelum mula mencipta jurang menerusi terjunan ketiga dan keempat.

Malaysia’s Enrique Harold and Elvis Priestly Clement compete in the men’s synchronised 10m platform final diving event during the 2026 Asian Games at the Tokyo Aquatics Centre in Tokyo on September 27, 2026. (Photo by ANDREW CABALLERO-REYNOLDS / AFP)
Kedua-duanya kemudian menutup saingan dengan terjunan kelima yang cukup meyakinkan apabila melakukan terjunan dengan darjah kesukaran 3.6.
Persembahan terakhir itu menghasilkan 81 mata, menjadi kutipan tertinggi mereka daripada lima terjunan dan mengukuhkan kedudukan Malaysia untuk membawa pulang perak.
Emas menjadi milik pasangan China, Yang Hao-Lian Yunjie yang mengumpul 465.54 mata, manakala gandingan Korea Selatan, Shin Jungwhi-Kim Yeongtaek meraih gangsa dengan 375.90 mata.
Pingat berkenaan turut mencerminkan keserasian yang berjaya dibentuk Enrique dan Elvis meskipun mereka baru digandingkan untuk menghadapi temasya Aichi-Nagoya kali ini.
Kejayaan tersebut menyaksikan skuad terjun negara terus menyumbang kepada kutipan pingat Malaysia di Aichi-Nagoya selepas Ong Ker Ying-Lee Yiat Qing serta Yong Rui Jie-Nurqayyum Nazmi sebelum ini turut menaiki podium dan meraih gangsa.
Kejayaan Enrique-Elvis meraih pingat perak menjadikan ini pingat perak pertama buat skuad terjun negara dalam temasya kali ini dan yang kedua buat kontinjen Malaysia secara keseluruhan.