BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah melangkah ke final setelah menundukkan wakil India, Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, dalam saingan separuh akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Ia merupakan skrip ulangan setelah kedua-dua pasangan itu bertemu sebelum ini dalam acara berpasukan campuran yang menyaksikan Pearly-Thinaah menyumbang mata kemenangan buat pasukan kebangsaan.
Momentum kecemerlangan perlawanan sebelum ini diteruskan gandingan tersebut dengan unggul di set pertama mengatasi pasangan India 21-13.

Set kedua turut memihak beregu wanita no.1 negara meskipun pasangan India tersebut bermula dengan baik namun terpaksa akur dengan kehandalan Pearly-Thinaah sekaligus menang 21-16.
Menanti mereka di final adalah gandingan tuan rumah, Chloe Birch-Laure Smith bagi memburu pingat emas pertama acara individu sepanjang karier mereka dalam temasya kedua terbesar dunia ini.
RESULTS: #Birmingham2022
SF#MAS🇲🇾 Pearly Tan-Thinaah M def. #IND🇮🇳 Treesa Jolly-Gayatri Pullela 21-13 21-16#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/Wt9qmf2QSi
— BAM (@BA_Malaysia) August 7, 2022