Select Page

Sukan Komanwel 2022: Tze Yong tempah slot separuh akhir

Sukan Komanwel 2022: Tze Yong tempah slot separuh akhir

PERSEORANGAN harapan negara, Ng Tze Yong mengaibkan juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew dalam aksi badminton individu di peringkat suku akhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 dengan kemenangan 15-21, 21-14, 21-11.

Pemain berusia 22 tahun itu jelas berada pada kelas tersendiri apabila menggamatkan suasana di Birmingham dengan kejayaan menewaskan Kean Yew.

Set pertama jelas dikuasai pemain lawan yang mempamerkan pukulan kencang mendatangkan kesukaran buat Tze Yong.

Bagaimanapun, pemain muda kelahiran Johor itu mempamerkan ketahanan mental dan stamina yang tinggi pada set kedua. Ia sekaligus menyaksikan Tze Yong mudah mengatasi lawannya.

Kemenangan pada set kedua tersebut merupakan tonik bagi pemain berusia 22 tahun ini untuk terus mempersembahkan aksi memukau pada set ketiga di hadapan ribuan penonton di Birmingham.

Set penentuan menyaksikan Kean Yew Ketinggalan 0-9 sebelum dan disudahkan dengan 21-11 menerusi overhead smash yang mengelirukan pihak lawan sekaligus meletakkan Tze Yong melakar sejarah mara ke peringkat separuh akhir temasya kedua terbesar dunia itu.

Pemain ranking ke-42 dunia itu bakal membuat perhitungan dengan pemain India, Srikanth Kidambi atau perseorangan tuan rumah, Toby Penty pada peringkat separuh akhir sekaligus menghampiri sasaran kilauan pingat.

Video Terkini

Loading...