SKUAD bola sepak bawah 23 tahun (B-23) Malaysia menamatkan saingan Kumpulan B Sukan SEA 2021 dengan mencatat keputusan seri 2-2 sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Thien Truong, Nam Dinh Kemboja memperoleh gol menerusi Choun Chanchav 45′ dan Narong Kakada 61′.

Manakala gol pasukan negara dihasilkan oleh Hadi Fayyadd Abdul Razak 51′ dan 67′.

Malaysia melangkah ke separuh akhir pada perlawanan yang dijadual berlangsung pada Khamis.