HAJAT Johor meneruskan kemaraan ke separuh akhir acara bola sepak Sukma 2022 tidak kesampaian apabila kecundang menerusi penentuan penalti 5-4 selepas terikat 1-1 pada masa sebenar ketika bertemu Wilayah Persekutuan di Stadium UiTM, Shah Alam malam tadi.

Johor, yang masih memburu ibu segala pingat emas itu sejak 1986 ketinggalan menerusi gol Mohd Hakimi pada minit ke-15 namun Muhammad Rafiefikri kembali menyamakan kedudukan hujung babak pertama.

Penyingkiran Johor bermakna pasukan selatan tanah air itu terlepas ibu segala pingat kejohanan Sukma kali ini.

 

Sebagai rekod, Johor menamatkan saingan di kedudukan teratas Kumpulan B dengan tujuh mata, diikuti Pahang (5), Sarawak (3) dan Melaka (1).