Foto: Selangor FC

KETUA Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe anggap pertemuan bertemu Melaka United tugas mencabar baginya kerana baru sahaja memegang tampuk ketua jurulatih skuad Gergasi Merah.

Meskipun pasukan lawan sedang berhadapan dengan krisis gaji pemain, namun ianya bukanlah suatu alasan untuk Selangor memandang rendah pasukan lawan.

Jelasnya, pemain Melaka United sudah tentu matang dan bakal mengenepikan krisis yang melanda kelab tersebut sebaliknya fokus kepada pertemuan bertemu Selangor FC.

“pertama memang sukar bagi mana-mana jurulatih. Walaupun ada krisis dalam pasukan Melaka United tetapi apabila mana-mana pemain turun di gelanggang atau perlawanan.

“Mereka akan tunjukkan satu komitmen, fokus kepada pasukan kerana saya rasa bagi mana-mana pemain apabila mereka letak tepi masalah di luar padang, mereka perlu fokus dalam pasukan kerana mereka ingin buktikan sesuatu buat pasukan,” ujarnya.

Kedua- dua pasukan dilihat berada dalam keadaan terumbang ambing di Liga Super apabila sekadar menghuni tangga kelapan dan kesembilan liga menuju penghujung saingan musim ini.

Kehadiran Tan Cheng Hoe dalam aksi pertama bertemu Melaka United tidak boleh dijadikan kayu pengukur kemampuan sebenar pengendali kelahiran Alor Setar, Kedah itu sebaliknya analisis bermula sebaik saingan liga musim hadapan bermula.

Manakala, pemain Melaka United FC dilihat perlu melupakan seketika masalah dalaman yang melanda kelab tersebut dan memberi fokus menuju penghujung saingan Liga Super musim ini.