EMPAT gandingan beregu campuran negara mara ke pusingan ketiga selepas menewaskan lawan masing-masing pada saingan Terbuka Singapura yang dijadualkan berlangsung dari 12-17 Julai 2022.
Antara yang mencuri tumpuan adalah gandingan adik abang iaitu Chan Peng-Cheah Yee See yang menundukkan bekas rakan senegara iaitu Goh Liu Ying-Soong Joo ven dengan kemenangan straight set 21-14 21-18.
Langkah kanan turut diteruskan Hoo Pang Ron-Toh Ee Wei apabila mudah menundukkan gandingan Jerman, Linda Efler-J Jansen dengan menang straight set 23-21 21-16.

Beregu meningkat naik, Chen Tang Jie- Valeree Siow juga mempamerkan belang sebenar apabila menyingkirkan pasangan Australia, Leydon Davis-Anona Pak dengan juga dengan 21-14 21-14.
Gandingan Goh Soon Huat-Shevon Jamie Lai turut bernasib baik setelah lawannya dari Chinese Taipei menarik diri dari saingan tersebut menyaksikan mereka turut mara ke pusingan ketiga Terbuka Singapura.
Manakala, aksi perseorangan lelaki pula menyaksikan harapan pingat emas Komanwel 2022 negara, Tze Yong tidak berdepan masalah mara ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan naib juara Malaysia Masters, Angus Ng Ka Long juga dengan kemenangan straight set 21-16 21-17.