TERENGGANU FC (TFC) memanfaatkan kelebihan laman sendiri apabila menang 2-1 ke atas pasukan tercorot, Kelantan United dalam aksi Liga Super, sebentar tadi.
Sang Penyu hanya mengambil masa enam minit untuk mendahului hasil tolakan mudah Liridon Krasniqi yang menerima umpanan Azam Azmi Murad dari sebelah kanan.
Pelawat kemudian membaiki rentak permainan dan berpeluang menyamakan kedudukan namun percubaan S. Sharvin dan tandukan Victor Silva pada minit ke-14 gagal menemui sasaran.
TFC sebaliknya melebarkan kelebihan melalui tandukan kemas Jordan Mintah hasil hantaran Mohd. Syafik Ismail sekaligus menghadiahkan gol kedua pada minit ke-28.

TFC terus agresif menambah jaringan selepas rehat malangnya rembatan Mintah pada minit ke-56 menggegarkan palang gol sebelum percubaannya minit ke-64 ditepis penjaga gol.
Pemain gantian Kelantan United, Jose Porteria menghidupkan perjuangan pasukannya melalui jaringan jarak jauh minit ke-76 namun sekadar menjadi gol saguhati pelawat.
Tiada tambahan jaringan menuju hujung permainan walaupun kedua-dua pasukan memiliki peluang terbaik dan kedudukan 2-1 memihak Sang Penyu kekal sehingga tamat.
📹 HIGHLIGHTS: @FCTerengganu 2-1 Kelantan United FC
Liridon Krasniqi dan Jordan Mintah masing-masing menjaringkan gol peribadi pertama musim ini dalam kemenangan Terengganu ini.
👉 https://t.co/HogDL3S5hZ#LigaSuper2023 #DemiLigaKita pic.twitter.com/6NlYsB70T7
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 31, 2023