PEMEGANG rekod 100 meter kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan berazam ke final apabila dijadualkan beraksi di Sukan Perpaduan Islam di Konya, Turki dari 8 hingga 18 Ogos ini.
Pelari sinonim dengan jolokan The Flying Jantan bakal menggegar trek dengan kembalinya sentuhan dari jurulatih asal, Mohd Poad Md Kassim dalam acara 100 m dan 4x100m.
“Saya target sampai finallah, takde sasar harapan tinggi-tinggi. Kalau sasar tinggi takut kecewa. Acara saya sertai adalah 100 meter dengan 4x100m.
” Ini baharu game pertama saya dekat luar negara sebab sebelum ini Sukan SEA pun tak dapat disebabkan kecederaan lagi. SEA Games terakhir dekat Filipina, kembali dekat coach Fuad , Alhamdulillah, ” jelasnya selepas sesi latihan.
Sementara itu, kem olahraga Malaysia melakukan tinjauan terhadap teknologi baharu dari Innotex dengan menggunakan mesin ‘Reaction Time Digital System’ bagi mengurangkan risiko berlaku ‘false start’ dalam setiap kejohanan yang bakal disertai selepas ini.
“Ini first time kan mereka menguji blok permulaaan. Bagi saya ini baguslah sebab kita tahu apa yang akan jadi, cara-cara yang boleh false start. Sebabkan false start inilah menyebabkan semua larian dibatalkan.
“Macam saya pun pernah alami sebenarnya, dekat game Asia di Anfield. Saya pun pernah kena macam Azeem kena. Padahal tengok kamera, orang sebelah keluar, tiba-tiba saya pula kena keluarkan, bila tengok balik dalam sistem camni pula kan.
“Lepastu tadi bila dia tunjukkan lepas beberapa saat tu kita dah tau, kita dah belajarkan, boleh berhati-hatilah lepas ini untuk game yang akan datang selepas ini.
“Perasaan itu, mula-mula gembira bila kita dapat balik lari, kecederaan pun da habis. Persediaan saya lari pun dalam 10.3 saat, untuk dapatkan ritma semula, ujar pelari pecut kebangsaan itu.
Untuk rekod, anak kelahiran Melaka itu mencipta sensasi apabila memecahkan rekod kebangsaan milik Watson Nyambek dalam acara 100 m di Sukan Malaysia Kuching pada 2016 dengan catatan 10.18s. Namun prestasinya mula merudum ekoran kecederaan yang dialami selepas itu.