TEMASYA Olimpik Paris 2024, diyakini bakal menamatkan penantian negara dalam memburu pingat emas pertama menerusi jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang.
Bekas Timbalan Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Datuk Naim Mohamad berkata, The Pocket Rocket Men itu akan mencatat sejarah itu.
“Azizul akan dapat catat sejarah menang pingat emas berbasikal keirin Olimpik sebelum dia bersara.
“Selepas menjalani pembedahan dengan jaya, kini dia bergiat cergas, jadi saya kain dan percaya insyaAllah dia memenangi pingat emas di Olimpik,” katanya selepas Majlis Pelancaran Pelan Laluan OCBC Cycle 2023, di ibu negara.

Naim yakin Azizulhasni akan raih pinat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurutnya, faktor kesungguhan dan disiplin tinggi pelumba negara berusia 35 tahun itu, akan membuahkan hasil di Paris 2024 sebagaimana sejarah dilakar pelumba lagenda Great Britain, Chris Hoy pada usia 36 tahun, di Temasya Beijing 2012.
“Lihat Chris Hoy pada usia 36 tahun mempamerkan kegigihan hingga memenangi pingat emas Keirin pada Olimpik Beijing.
“Kita bersyukur dan berbangga kerana memiliki atlet yang berdisiplin. Dia berlatih bersunghuh-sungguh, mengorbankan masa untuk mencapai matlamat ini.”
Azizulhasni masih kekal prospek utama negara bagi meraih emas pertama negara di Paris 2024, selepas kecundang di tangan seorangblagi pelumba dari Great Britain, Jason Kenny di Temasya 2020 di Tokyo.
Pada temasya itu, Azizulhasni meraih pingat perak, manakala di Rio 2016, pingat gangsa.