Select Page

“Tiada siapa boleh halang saya bercakap, walaupun kena penalti” – Lewis Hamilton

“Tiada siapa boleh halang saya bercakap, walaupun kena penalti” – Lewis Hamilton

LEWIS Hamilton dengan lantang bersuara menentang larangan FIA yang menyekat kebebasan bersuara pemain Formula One (F1) dan sedia untuk memperjuangkan apa yang diminatinya.

Kali pertama Hamilton membicarakan soal larangan FIA pada majlis pelancaran jentera baharu Mercedes, selepas badan induk sukan F1 itu melarang mana-mana pemandu membuat kenyataan politik, keagamaan dan peribadi tanpa kebenaran mereka.

Juara dunia tujuh kali itu kerap menggunakan platformnya untuk mengetengahkan pelbagai isu kepada Sky Sports News dan dia bertegas akan terus melakukannya biarpun dikenakan penalti.

Lewis Hamilton berkeras akan meneruskan minatnya membincangkan perkara-perkara yang dirasakan perlu dan bersedia dikenakan penalti oleh FIA. – Pix Agensi

“Isu ini masih sangat penting untuk disuarakan,” kata Hamilton.

“Saya berpendapat sejak beberapa tahun ini, betapa pentingnya menyuarakan kesedaran mengenai suatu perkara, mencetuskan perbualan, meminta organisasi bertanggungjawab dan menggerakkan lebih ramai orang bergerak ke hadapan.

“Saya rasa kita sudah melangkah jauh, melihat kemajuan besar tapi masih banyak yang perlu dilakukan dan kita masih menuju ke tempat yang ada isu.

ARTIKEL BERKAITAN : “Jangan kekang hak kebebasan Hamilton bersuara isu politik” – BIRD

“Saya akan terus menjadi saya, terus berjuang untuk perkara saya minati. Saya tidak akan benarkan sesiapa menghalang diri saya daripada berbuat demikian.”

Mengulas mengenai peraturan diperkenalkan FIA itu: “Ia tidak mengejutkan saya. Tapi tiada apa boleh halang saya daripada bercakap mengenai perkara yang saya minat kerana isu masih belum selesai.”

Rakan sepasukan, George Russell sependapat dengan Lewis Hamilton. – Pix Agensi

Rakan sepasukannya, George Russell, Pengarah Persatuan Pemandu Grand Prix juga sama sepertinya, tidak gembira dengan peraturan diperkenalkan FIA itu menjelang GP Bahrain 5 Mac nanti.

“Saya akan terkejut jika FIA tidak menilai semula perkara ini. Saya tidak faham alasan apa untuk mereka wujudkan peraturan ini.

“Kita hidup dalam dunia yang bebas bersuara dan kami berada dalam kedudukan unik, sesiapa sahaja berhak berkongsi pandangan atau pemikiran mengenai apa jua,” kata Russell kepada Sky Sport.

FIA memperkenal peraturan megnenai kenyataan politik dan pemandu F1 sebulan suara menolaknya.

Malah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali juga menyeru agar pemandu tidak ‘diikat’. – Sky Sports

Video Terkini

Loading...