CABARAN beregu campuran negara di Masters Kumamoto, Jepun berakhir setelah dua pasangan yang mengibarkan cabaran di pusingan kedua hari ini, ditunjuk jalan pulang.

Pasangan Jimmy Wong-Lai Pei Jing yang muncul naib juara kali ketujuh musim ini di Msters Korea Ahad lalu, belum mampu mengorak langkah besar di kejohanan bertaraf Super 500 ke atas, apabila tunduk kepada pasangan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan 17-21, 14-21 dalam masa 29 minit.

Hari suram kem negara berterusan apabila pasangan muda, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin turut disingkir pilihan utama kejohanan dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran menerusi kelahanan 21-14, 12-21, 17-21.

Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin mempamerkan pe ingkatan selepas rehat panjang dari kejohanan antarabangsa.

Turut teraingkir, perseorangan wanita, K Letshanaa yang tewas kepada pilihan metunuh dari Taiwan, Chiu Pin Chian 22-24, 18-21 disusuli pemain peraeorangan lelaki profesional, Jacky Kok tunduk kepada piluhan keenam dari Jepun, Kenta Nishimoto 20-22, 11-21.

Beregu wanita muda negara, Ong XinYee-Carmen Ting pula gagal menyaingi gabdingan Jepun, Rui Hirokami-Sayaka Hobara setelah tewas 12-21, 9-21.

Bagaimanapun, pilihan utama beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah mudah ke suku akhir apabila mencapai kemenangan 21-14, 21-9 ke atas gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo.

TAMAT