Select Page

“Tingkatkan prestasi, ‘otherwise they shouldn’t be here” – Norza

“Tingkatkan prestasi, ‘otherwise they shouldn’t be here” – Norza

PRESTASI buruk skuad remaja kebangsaan di Kejohanan Remaja Dunia, Santander, bulan lalu, menyentak kekecewaan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria yang menyifatkan badminton negara umpama “out of touch in te world”.

Katanya, dengan memiliki fasiliti terbaik ketika ini, sebaliknya prestasi skuad remaja menjunam.

“Kita sebenarnya lagi teruk (prestasi)  daripada ketika berada di Bukit Jalil (Sekolah Sukan Bukit Jalil) dulu. Ini adalah isyarat jelas buat jawatankuasa diketuai Datuk Ng Chin Chai (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM), Datuk Misbun (Sidek) dan barisan kejurulatihan lain.

“Ahli Majlis memberi masa satu bulan untuk Michelle Chai (Pegawai Eksekutif Akademi Badminton Malaysia) dan Dr Tim Jones (Pengarah Prestasi Tinggi) melihat struktur baharus yang dikemukakan kepada mereka sebelum menyerahkan kepada jawatankuasa pengurusan untuk kita lihat dan sahkan,” kata Norza, berang.

Ahli Majlis BAM sebulat suara bersetuju memisahkan unit Prestasi Tinggi dari Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM. –  Mohamad Norza Zakaria, Presiden BAM

Pencapaian skuad remaja dalam acara individu serta berpasukan di kejohanan itu amat mengecewakan apabila tiada wakil menaiki podium, malah tidak sampai ke suku akhir.

Katanya, apa yang dibuat BAM ketika ini jelas tidak mencukupi dan diibaratkan tidak berhubung dengan apa yang berlaku di luar, dan mesti melakukan perubahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan BAM, Ng Chin Chai

“Apabila awak berada di Pusat Prestasi Tinggi, pemain, jurulatih dan semua hendaklah menerima budaya prestas tinggi itu. Kita tak boleh ingat tempat ini untuk kita makan lima kali sehari.. untuk kita berlatih tanpa ada tanggungjawab.

“Perbelanjaan sediakan tempat ini bukan murah, sebab itu saya nak pemain dan jurulatih muhasabah.

“Tentukanlah, jika mereka fikir mereka layak berada di sini… mereka patut meningkatkan prestasi, ‘otherwise they shouldn’t be here’,” kata Norza lagi.

Video Terkini

Loading...