NG Tze Yong memberi petanda positif untuk kembali menjalani latihan penuh dalam waktu terdekat apabila proses pemulihan kecederaan lututnya kini berada di fasa akhir, sekali gus menghidupkan kembali harapan kem perseorangan negara.
Pengarah kejurulatihanpPerseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen berkata pemain itu berada di landasan tepat, namun keputusan muktamad masih bergantung kepada beberapa ujian perubatan terakhir serta penilaian pakar.

Ng Tze Yong menjalani beberapa siri pembedahan sejak kecederaan belakang dialami pada Terbuka Malaysia 2024, sehingga membawa kepada kecederaan ACL Mei 2025.
“Perkembangannya masih bergantung kepada ujian yang perlu dijalani dan apabila keputusan itu positif, barulah kami boleh melangkah ke fasa seterusnya,” kata Jonassen, ketika ditemui di ABM.
Beliau menjangkakan Tze Yong tidak lama lagi mampu menyertai latihan harian sepenuhnya selepas mendengar pandangan pakar mengenai tahap kesediaan fizikal pemain berusia 24 tahun itu.

Kenneth Jonassen, tidak mahu terburu-buru mendapatkan khidmat Ng Tze Yong yang masih belum cergas sepenuhnya selepas pembedahan ACL Julai lalu.
Tze Yong sebelum ini menjalani pembedahan ACL di Qatar pada Julai selepas mengalami kecederaan serius ketika beraksi di Masters Malaysia, Mei tahun lalu.
Menurut Jonassen, pemain itu menunjukkan komitmen luar biasa sepanjang tempoh pemulihan dengan konsisten menjalani latihan kemahiran sejak dua hingga tiga bulan lalu.

Detik gelap Ng Tze Yong bermula di Terbuka Malaysia 2024.
“Langkah seterusnya ialah latihan berterusan setiap hari dan itulah ujian sebenar untuk melihat bagaimana tubuh serta lututnya memberi reaksi dan pulih dari hari ke hari,” jelasnya.
Dalam masa sama, Jonassen menegaskan proses pemulihan kecederaan ACL tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana risiko kecederaan berulang tinggi jika beban latihan tidak dikawal dengan teliti.