KELAB Manchester United memilih pendekatan seimbang dalam kesebelasan utama apabila menurunkan gabungan pemain senior dan bintang masa depan bagi aksi menentang ASEAN All-Stars malam ini.

Nama-nama seperti Casemiro, Diogo Dalot dan Andre Onana memberi sentuhan pengalaman, manakala Rasmus Hojlund, Kobbie Mainoo dan Patrick Dorgu menjadi taruhan sebagai pelapis utama kelab gergasi itu.

Turut mencuri tumpuan ialah beberapa pemain akademi seperti Reece Munro dan Jack Moorhouse yang diberi peluang beraksi di pentas antarabangsa, bukti kepercayaan pengurus Ruben Amorim terhadap pembangunan bakat muda.

Walaupun bukan barisan terkuat The Red Devils, kombinasi ini dilihat mampu memberi impak besar  bukan sahaja dari sudut taktikal, tetapi juga nilai pendedahan buat generasi baru United.

Aksi ini bukan sekadar perlawanan persahabatan, tetapi pentas menilai masa depan Skuad Red Devils.

.