UZBEKISTAN mulakan kempen Kumpulan B Piala Asia 2023 menentang Syria tanpa khidmat kapten pasukan, Eldor Shomurodov gara-gara ditimpa kecederaan.

Menurut pengendalinya, Srecko Katanec pasukan Asia tengah itu akan menyasarkan untuk memulakan kempen dengan positif manakala Syria berharap untuk mencipta kekecewaan.

Katanya lagi, Kumpulan B akan menjadi sangat sukar untuk semua pasukan kerana satu keputusan buruk mungkin menjadi penamat kempen untuk mereka.

“Saya sangat gembira dapat bermain buat kali kedua dalam kejohanan dan semua pemain sangat gembira dan teruja untuk memulakan kejohanan. Kami juga gembira kerana peminat kami telah tiba di Qatar,” kata Eldor Shomurodov yang merupakan pemain bintang pasukan Uzbekistan.

Malangnya, pemain kelab Cagliari itu, yang dipinjamkan dari Roma pimpinan Jose Mourinho, diketepikan daripada kejohanan kerana kecederaan.

Sementara itu, Katanec berkata Shomurudov adalah pemain penting bagi pasukan sepanjang kempen di Doha.

“Mana-mana pasukan di dunia atau sesiapa sahaja jika mereka terlepas mana-mana pemain penting, ia adalah sukar. Tanpa Shorma, ia sukar dan sudah tentu kami akan merinduinya tetapi sebagai jurulatih saya perlu melakukan pilihan saya dan melakukan yang terbaik yang saya mampu,” katanya.

Uzbekistan mara ke Pusingan 16 Piala Asia 2019 tetapi akur selepas tewas dalam penentuan sepakan penalti menentang Socceroos.