Memetik laporan Utusan Malaysia, pemilik MUFC, Datuk Seri Justin Lim berkata, surat makluman penamatan kontrak selaku jurulatih telah ditandatanganinya dan diserahkan Vidakovic kelmarin.
“Khidmat dia (Vidakovic) bersama MUFC ditamatkan bermula kelmarin susulan prestasi pasukan yang hanya mengutip satu mata selepas empat perlawanan dalam Liga Malaysia musim ini.
“Penamatan kontrak ini adalah hasil persetujuan bersama kedua-dua pihak,” katanya.
Kata Justin, penolong ketua jurulatih, Mohd. Asri Ninggal diberi tugas bagi melatih pasukan sebelum pelantikan baharu ketua jurulatih diumumkan dalam masa terdekat.
“Pasukan akan dibimbing Mohd. Asri buat sementara waktu sehinggalah pengganti Vidakovic kita umumkan dalam masa terdekat,” jelasnya.