Select Page

Vlahovic, Leao rebut status penjaring terbanyak

Vlahovic, Leao rebut status penjaring terbanyak

PEREBUTAN status penjaring terbanyak Seria A kini semakin menarik apabila penyerang Juventus, Dusan Vlahovic menyamai jumlah lapan gol yang turut diraih seterunya dari  AC Milan, Rafael Leao.

Vlahovic yang turun membantu pasukan berdepan Salernitana sebelum ini ketinggalan dua gol namun mengegarkan gawang lawan dua kali membantu pasukan meraih kemenangan 3-0 mengatasi lawan.

Vlahovic menjadi salah seorang wira dalam perlawanan dengan dua gol yang dijaringkan pada minit ke-26 dan 47.

Sementara itu, Leao sendiri masih gagal menambah jaringan dengan pemain sayap dari Portugal itu kali terakhir menjaringkan gol ketika Lecce seri menentang AC Milan dengan jaringan 2-2 pada pertengahan Januari lalu.

Juventus boleh naik ke tangga ke-10 namun masih ketinggalan 12 mata daripada zon UCL yang diduduki AC Milan di tempat keenam dan 13 mata daripada zon Liga Juara-Juara yang diduduki oleh Lazio di tempat keempat.

Video Terkini

Loading...