SATU sesi perjumpaan antara pihak pengurusan dan teknikal Selangor FC bersama wakil-wakil kelab penyokong di Pusat Latihan SFC telah berlangsung pada Isnin.

Laman media sosial Selangor FC mendedahkan, pihak pengurusan dan teknikal Selangor FC diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Johan Kamal, Pengurus Pasukan, Mahfizul Rusydin dan Ketua Jurulatih interim, Nidzam Jamil.

Sesi perjumpaan ini diadakan bagi membincangkan hal ehwal kelab, pengurusan, perancangan dan hala tuju pasukan pada masa akan datang.