SIAPA yang tidak gementar ketika menyaksikan sokongan yang ditunjukkan oleh peminat sangat luar biasa ketika hanya sesi pengenalan jersi sesebuah pasukan.
Ini boleh berlaku jika sokongan itu tidak sehebat yang dijangkakan atau jika terdapat tekanan untuk mencapai matlamat tertentu.
Ketua jurulatih Perak FC Yusri Che Lah sendiri merasai aura dan tenaga ‘lain macam’ semasa Karnival Pelancaran Jersi ‘Home’ Perak’ FC 2024/2025 di Dataran Majlis Ipoh pada Sabtu malam.

Majlis pengenalan sebahagian pemain Perak FC.
“Malam ini (semalam) terasa agak gementar kerana melihat ramainya penonton ataupun penyokong pasukan Perak FC yang hadir.
“Saya juga ingin menyatakan pada tahun ini kita akan cuba sebaik mungkin untuk melebihi apa yang kita capai pada musim lalu.
“Saya amat berharap sokongan daripada anda semua kerana tanpa sokongan daripada peminat, pemain saya tidak mampu untuk merealisasikan impian semua orang,” ujar Yusri.
Beliau percaya, pihak pengurusan sudah berusaha dengan memikirkan perancangan yang terbaik buat pasukan bagi memastikan skuad The Bos Gaurus dapat kembali bangkit sebagaimana sebelum ini.

Yusri berucap kepada orang ramai di Dataran MBI.
“Musim yang panjang bagi 2024/25 kerana kita akan bermula pada Mei tahun 2024 dan kita akan habis pada April 2025.
“Perjalanan yang amat panjang. Saya amat mengharap dan mendoakanlah untuk kami supaya melalui pada musim ini dengan dengan baik serta mendapat kejayaan untuk pasukan,” katanya.
Musim ini, Perak FC berjaya mengikat lima muka baharu iaitu Tommy Mawat Bada (Negeri Sembilan FC); Ariff Ar-Rasyid Ariffin (Kelantan United); Mohamad Ramadhan Ab Hamid (PDRM FC) dan Nur Azfar Fikri Azhar (Terengganu FC).
Terbaharu, kelab berpangkalan di Ipoh itu terus mengorak langkah apabila membawa masuk kapten skuad bawah 23 tahun (B-23) Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov.