FOTO : PERAK FC

JURULATIH skuad Perak FC, Yusri Che Lah, meluahkan rasa kecewa selepas pasukannya melepaskan dua jaringan daripada dua serangan balas untuk memastikan tanpa sebarang mata kempen Liga Super 2024-25.

Permulaan cemerlang ditonjolkan pemain Perak apabila dapat menggegar jaring lawan di awal minit permainan menerusi sentuhan Tommy Mawat namun gagal bertahan lama.

“Ya, seharusnya malam ini (semalam) saya mendapat paling kurang satu mata. Saya rasa keputusan seri adalah yang terbaik sebenarnya,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Perak.

May be an image of ‎12 people, people playing American football, people playing football and ‎text that says "‎PERAK XOX XOX XO X3ι XO XET LTHCE @ @ م GRO KSH นนอ ίe X0 NoSm αααραιι E. 3F XOX XoX|feraf Perak Foatball Cluo X @perakfcofficial ل @perakfcofficial TBGTV X @per @perakfcofficial‎"‎‎

Kesebelasan utama Perak FC yang diturunkan menentang PDRM di Ipoh.

Yusri juga mengambil tanggungjawab penuh atas kekalahan tersebut dan sistem bantuan video pengadil (VAR) menjadi penghalang kepada Perak dan PDRM untuk mendapatkan kelebihan gol.

“Saya tidak boleh menyalahkan mana-mana melainkan menyalahkan diri saya sendiri. Saya mengambil tanggungjawab ini 100 peratus dan seandainya diberi ruang untuk perlawanan seterusnya, kita akan melakukan yang terbaik, Insya Allah,” tambahnya.

Dia turut mengakui bahawa pasukannya telah belajar daripada kesilapan yang dilakukan dan memahami keinginan peminat dan pihak pengurusan.

“Malam ini (semalam) tidak memberikan keputusan yang kita inginkan dan agak malang bagi saya. Di akhir minit, kita terpaksa menelan keadaan tersebut,” katanya enggan memberikan alasan walaupun pasukannya turun tanpa kelibat beberapa pemain utama dan import akibat masalah kecederaan dan penggantungan.

May be an image of 3 people, people playing football and text that says "PERAK 24 14 1 PIADAUS FIRDAUS 10 MELA 3 ៣ា Peral Perak Foozbal Dub XOX ® Tperakfcoffical $ @perakfcofficial_ TEGTV X @perakfcofficial"

Perak perlu bangkit dua aksi getir di laman lawan yang menanti selepas ini.

The Bos Gaurus bakal menghadapi cabaran besar apabila bertemu dengan dua pasukan kuat, Kedah Darul Aman dan Selangor FC, dalam perlawanan seterusnya.

“Kita jangka untuk dapat mata di Kedah tapi sudah pasti pasukan tuan rumah akan menyerang habis-habisan. Kita cuba bertahan dengan baik (aksi di laman lawan),” kata Yusri.

ARTIKEL BERKAITAN :Gol saat akhir Ifedayo buat Perak FC gigit jari

Jurulatih Perak berusia 48 tahun itu itu berharap pasukannya dapat memperbaiki prestasi dan meraih keputusan positif dalam perlawanan yang akan datang.

Perak FC perlu bekerja keras untuk memperbaiki kedudukan mereka dan mengurangkan jumlah gol yang dibolos dalam usaha untuk keluar dari zon tercorot liga.