KEYAKINAN setinggi langit tetapi kecergasan baru 80 peratus, itulah gambaran sebenar Speedy Tigers yang bakal ke Piala Asia walaupun jurulatihnya percaya mampu mara ke final.

Ketua jurulatih kebangsaan, Sarjit Singh dengan nada optimis menegaskan skuad bimbingannya sudah bersedia biarpun tidak berada pada tahap fizikal terbaik.

“But macam the program in China, Korea and Japan, their fitness level is different. Dia punya culture pun lain. Sini kita punya culture lain. So, it’s the culture also play a very important role. So, I think we have a good chance to play in the finals. We should play in the finals.

“But of course our target is always we want to play in the finals. But hopefully the boys do well to be in the final,” katanya, dalam sidang media di pejabat Konfederasi Hoki Malaysia (KHM).

Turut hadir, Rimbalan Presiden KHM, Datuk Ahmad Najmi Abdul Razak merangkap pengurus pasukan kebangsaan.

Menurut beliau, pemain bakal berdepan kejohanan di bawah terik matahari dan jadual padat (tiga perlawanan dalam empat hari), sehingga pihaknya mendapatkan khidmat Institut Sukan Negara (ISN): “Tujuh minggu terakhir kami bekerjasama dengan ISN bagi melakukan latihan hipoksia.”

Speedy Tigers berada dalam Kumpulan B bersama Korea, Bangladesh dan Chinese Taipei, dengan perlawanan pertama menentang Bangladesh pada 29 Ogos di Bihar, India.

“Kita mahu separuh akhir dulu, kemudian tiga perlawanan Super4s itu akan jadi penentu,” jelasnya sambil mengingatkan betapa pentingnya faktor kecergasan.