KEJAYAAN penganjuran perlawanan berprofil tinggi Maybank Challenge Cup 2025: Manchester United vs ASEAN All-Stars di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Mei lalu bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat peminat bola sepak tempatan, tetapi turut mengharumkan nama ShekhinahPR di pentas antarabangsa.
Agensi komunikasi sukan terkemuka tanah air itu berjaya merangkul Anugerah Gangsa bagi kategori Excellence in Media Strategy di Marketing Excellence Awards 2025, hasil kempen komunikasi dan strategi media yang menjadikan acara tersebut sebagai “The Biggest Sporting Event of 2025 in Malaysia”.
Pengiktirafan itu sekali gus membuktikan keupayaan anak tempatan dalam mengurus dan mempromosikan acara berskala besar yang menarik perhatian peminat dari seluruh rantau Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Datuk Christopher Raj
Ketua Pegawai Eksekutif ShekhinahPR, Datuk Christopher Raj, menzahirkan penghargaan kepada rakan media dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara bersejarah tersebut.
“Terima kasih kepada rakan-rakan media yang memberikan kerjasama begitu baik sekali. Saya juga mahu terus memberi penghargaan kepada media dan semua rakan kongsi yang sentiasa menyokong perjalanan ini,” katanya.
ShekhinahPR turut menzahirkan penghargaan kepada rakan strategik utama termasuk ProEvents, yang telah menjadi rakan kerjasama selama lebih 15 tahun.
Pengiktirafan ini bukan sekadar milik ShekhinahPR semata-mata, tetapi juga simbol kepada usaha berpasukan semua pihak yang memastikan Malaysia sekali lagi menjadi pusat perhatian dunia bola sepak.