PERSATUAN Bola Sepak Jepun atau Samurai Biru tampil dalam prestasi cemerlang menjelang Piala Dunia 2026 apabila berjaya menumpaskan beberapa gergasi dunia dalam perlawanan persahabatan.

Jepun berjaya merekodkan lima kemenangan, dua seri dan hanya satu kekalahan daripada lapan perlawanan persediaan yang mereka harungi.

Meskipun Samurai Biru hanya menduduki tempat ke-18 dalam ranking FIFA, mereka berjaya menundukkan England dan Brazil yang menduduki tempat keempat dan keenam dalam ranking FIFA.

Kaoru Mitoma menjaringkan gol kemenangan untuk Jepun selepas tewaskan England awal pagi tadi.

Pengurus Persatuan Bola Sepak Jepun, Hajime Moriyasu mengakui kekuatan pasukan England kerana pemain beliau terpaksa bertahan dalam tempoh yang lama untuk mengekalkan kedudukan.

“Tetapi para pemain kekal sabar dan mempraktikkan cara bermain dengan sabar apabila keadaan tidak sehaluan seperti apa yang kita mahu,” ujar Moriyasu.

Pasukan Jepun kini mencatat kemenangan kelima berturut-turut dan kekal tanpa kalah sejak pertemuan menentang pasukan Amerika Syarikat September lepas.

“Kemenangan ini memberi kami keyakinan bahawa kami mampu mengalahkan sesiapa sahaja,” tambahnya.

Kemenangan Jepun ini juga memberi bukti strategi pembangunan akar umbi yang menghasilkan barisan pemain bertaraf Eropah.

Samurai Biru kini berazam untuk mencipta sejarah dengan mara ke suku akhir buat kali pertama di pentas Piala Dunia 2026 selepas tumpas ditangan Croatia di pusingan 16 Piala Dunia sebelum ini.