MANCHESTER City meraikan enam gol menentang Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad, sebentar tadi.
Erling Haaland dan Phil Foden masing-masing menjaringkan hatrik.
City kelihatan begitu dominan sehingga menyukarkan United untuk bangkit.
The Citizens mendahului empat gol pada separuh masa pertama. Phil Foden dan Erling Haaland masing-masing menjaringkan dua gol.
What an afternoon for @ManCity 🔥#MCIMUN pic.twitter.com/8UTaw7stV8
— Premier League (@premierleague) October 2, 2022
The Red Devils cuba mengurangkan jurang melalui jaringan Antony. Bagaimanapun, City terus garang menambah dua gol juga menerusi Haaland dan Foden.
Pelawat menambah gol pada minit ke-84 menerusi tandukan Anthony Martial sebelum dia sekali lagi menjaringkan gol pada minit terakhir menerusi sepakan penalti.