REAL Madrid memenangi Piala Dunia Kelab 2022 selepas mudah mengatasi Al Hilal dengan jaringan 5-3 pada perlawanan akhir di Stadium Prince Moulay Abdellah, Maghribi awal pagi Ahad.
Vinicius Junior dan Federico Valverde masing-masing menjaringkan sepasang gol untuk El Real, dan satu lagi daripada Karim Benzema. Manakala, tiga gol Al Hilal dihasilkan menerusi dua gol Moussa Marega dan Luciano Vietto.
Ini adalah gelaran kelima Madrid dalam pertandingan ini. Terdahulu, Los Blancos memenanginya pada 2014 dan 2016-2018.
The moment Real Madrid C.F. became five-time #ClubWC Champions 🏆
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) February 11, 2023
Sementara itu, Flamengo memenangi perlawanan tempat ketiga Piala Dunia Kelab 2022. Kelab Brazil itu menewaskan Al Ahly 4-2 dalam perlawanan playoff.
REAL MADRID: Lunin, David Alaba, Dani Carvajal, Ruediger, Modric (Nacho 74′), Kroos (Asensio 74′), Valverde, Tchouameni (Ceballos 62′), Camavinga, Vinicius Junior, Benzema (Rodrygo 62′)
AL HILAL: Abdullah Al Muaiouf, Jang Hyun-Soo, Ali Al Bulayhi, Khalifah Al Dawsari, Saud Abdulhamid, Cuellar, Carrillo (Michael 75′), Salem Al Dawsari, Mohammed Kanno, Marega (Ighalo 86′), Vietto (Al Hamdan 87′)