JURULATIH Ping Pong kebangsaan, Beh Lee Wei  (gambar) mengakui pasukan beregu wanita memiliki kelebihan untuk bergelar juara pada Sukan Komanwel 2022 di Birmigham.

Ia memandangkan pasukan beregu wanita negara berjaya meraih gangsa dalam edisi Sukan Komanwel 2018 Gold Coast.

Meskipun kategori lelaki dilihat agak sukar untuk memperoleh pingat, namun dia optimis mereka akan memberikan persaingan sengit.

Komanwel terakhir kita menang pingat gangsa dalam beregu wanita. Kita ada peluang untuk menang pingat untuk beregu perempuan. Laki susah sikitlah tapi kita cuba jugak.

Dalam pada itu, Lee Wei juga berkongsi penambahan pemain yang berada di senarai podium iaitu Danny Ng Wann Sing dan Lee Yong Yi bagi kategori lelaki manakala Im Li Ying untuk kategori wanita.

Antara lawan yang dijangka bakal memberi cabaran kepada pasukan kebangsaan adalah dari Singapura, India dan England.

Singapura bakal menampilkan pesaingan sengit Birmingham berikutan mereka memiliki pemain dari China dan mereka dijangka lebih berpengalaman serta dapat memberi cabaran hebat kepada pasukan kebangsaan.