BEREGU wanita nombor 2 dunia, Pearly Tan-M Thinaah berpeluang merangkul kejuaraan Jelajah Dunia kedua apabila mara ke final Terbuka Arctic, di Finland.

Finalis Kejohanan Dunia itu mempamerkan persembahan bertenaga di separuh akhir sebentar tadi, selepas diberi tentangan sengit oleh pilihan keempat dari Taiwan, Hseih Pei Shan-Hung En Tzu dalam pertarungan lebih sejam.

Kedua-dua pasangan mempamerkan aksi luar biasa di set pertama menerusi pukulan-pukulan kencang sehingga wakil negara tunduk 22-24.

Namun, menggunakan corak berbeza, Pearly-Thinaah bangkit merampas set kedua 21-8 sebelum mengesahkan slot ke final menrusi kemenangan 21-17 di set penentuan.

Menanti mereka di final, beregu Jepun, Rin Iwanaga-Kei Nakanishi yang mengatasi rakan senegara mereka, Arisa Igarashi-Chiharu Shida 211)-14, 12-21, 26-24 dalam pertarungan 82 minit.

Meskipun berada di tangga kedua dunia, Pearly-Thinaah batu merangkul satu kejiaraan iaitu Terbuka Thailand, Mei lalu.

Mereka bagaimanapun muncul naib juara empat kali di Masters Indonesia, Terbuka Indonesia, Terbuka Jepun dan Kejohanan Dunia.