Select Page

Abang Zulkarnain terajui Presiden FAS baharu penggal 2023-2025

Abang Zulkarnain terajui Presiden FAS baharu penggal 2023-2025

Foto : Suara Sarawak

TOKOH sukan berpengalaman luas, Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman, menerajui tampuk kepimpinan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) bagi penggal 2023-2025.

Bekas Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu menang tanpa bertanding selepas mendapat sokongan majoriti 12 ahli gabungan pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM FAS 2023-2025).

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden FAS disandang Abang Suhordie Abang Zaini yang memperoleh 11 undi selepas berjaya mengatasi dua pencabarnya, Phillip Jabu dengan sembilan undi dan Mohamad Saif Jubaidi (lima undi).

Berikut adalah lima individu tersenarai untuk jawatan Naib Presiden.

Nichol Agoi (19 undi)
Khairulddin Qalam Daud (18 undi)
Abdul Ajis Kon Ghazali (16 undi)
Abdul Rahman Abdul Rahim (15 undi) Khairul Anuar Adeni (14 undi)

Video Terkini

Loading...