AC Milan secara rasmi memecat Paolo Maldini daripada jawatannya sebagai Pengarah Teknikal. Rossoneri mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas bek tengah itu.
Desas-desus pemecatan Maldini sebenarnya sudah bertebaran sejak Isnin. Ini selepas Maldini yang tidak putus-putus mempersoalkan polisi perpindahan kelab.
Bukan itu sahaja, kegagalan Milan mengekalkan Scudetto musim ini menyebabkan pengurusan kelab yang diketuai Gerry Cardinale selaku pemilik RedBird untuk melabur lebih banyak dana untuk dibelanjakan kepada pemain.
Acara kemuncak adalah pada hujung minggu lalu apabila Maldini dan Pengarah Sukan Ricky Massara bertengkar mengenai rancangan kelab itu untuk menyingkirkan pemain pada musim panas ini. Cardinale berasa tidak dihormati dan menolak kedua-duanya serta-merta.
Official, confirmed by club statement: AC Milan have fired Paolo Maldini as he’s no longer the director. 🚨⚫️🔴 #ACMilan
The club has decided to sack Ricky Massara and legend Paolo Maldini to begin new era with new vision. pic.twitter.com/vcmWHHifjS
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) June 6, 2023
Biarpun sehari sebelumnya, Maldini dan Massara baru sahaja menyelesaikan kontrak baharu untuk Rafael Leao, yang memastikan pemain itu tidak akan pergi seperti khabar angin yang timbul baru-baru ini.
“AC Milan mengumumkan bahawa Paolo Maldini telah dipecat daripada jawatannya di kelab itu, berkuat kuasa 5 Jun 2023.
“Kami berterima kasih atas peranan ini, memberikan sumbangan penting dalam membawa kelab kembali ke Liga Juara-Juara dan memenangi Liga Itali 2021/2022.
“Kerja hariannya akan dikendalikan oleh pasukan yang bekerja bersama pengurus pasukan utama, yang akan melaporkan kepada CEO,” kata Milan dalam satu kenyataan.
Pemecatan Maldini dan Massara serta-merta mengelirukan segelintir pemain Milan terutamanya Leao. Buat masa ini tugas Maldini akan dipegang oleh Ketua Pencari Bakat, Geoffrey Moncada dan Ketua Pegawai Eksekutif Giorgio Furlani.