BOLOS tiga gol bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan malah perlu dijadikan iktibar apatah lagi keputusan tersebut memberikan kesan terhadap perjalanan Harimau Malaya untuk menempah slot separuh akhir Piała AFF Mitsubihsi 2022.

Menganggap apa yang berlaku pada kekalahan 0-3 di tangan Vietnam, Selasa lalu sebagai satu pengalaman dan pengajaran berguna, tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Sharul Nazeem Zulpakar enggan perkara sama berulang pada aksi menentang Singapura, minggu depan.

 

“Kami tidak boleh ambil mudah dan panding rendah serta selesa dengan Singapura, kita perlu pulun habis-habisan untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

“Selaku pertahanan, bolos berdepan Vietnam perlu diperbaiki menjelang aksi menentang Singapura,” katanya ditemui pada sesi latihan di Wisma FAM, Jumaat.

Skuad bimbingan Kim Pan-gon perlu menang untuk memastikan kemaraan selaku dua pasukan terbaik Kumpulan B dan aksi bertemu The Lions adalah aksi terakhir buat kedua-dua pasukan.