AIRA Azman menempah tiket ke final Kejohanan Terbuka Bermuda, sekali gus menjadi persiapan terbaik menjelang Kejohanan Dunia yang akan berlangsung minggu hadapan.
Begitupun langkah Aira ke final tidak mudah apabila dipaksa kakaknya, Aifa Azman bermain 4 set.
Aira yang juga pilihan utama kejohanan tunduk 4-11 pada set pertama, bagaimanapun bangkit dalam tiga set berikutnya dan menyingkir Aifa dengan kemenangan 11-4, 11-8, 11-6 dalam tempoh 31 minit.
Ini adalah pertemuan kedua antara dua beradik di kejohanan Jelajah PSA dan Aira memenangi kedua-duanya termasuk di Terbuka Australia tahun lalu.
Aira kini menghuni ranking ke-30 dunia, akan berdepan Hana Moataz dari Mesir buat kali pertama di pentas antarabangsa, pada perlawanan penentuan juara.
Ini adalah final pertama buat Aira tahun ini dan kejuaraan pasti menjadi penyuntik semangat buatnya menghadapi cabaran getir di Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat dari 9 hingga 17 Mei.