JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terus memperkuat pasukan dengan kehadiran bekas pertahanan Al-Nassr, Alvaro Gonzalez, yang diumumkan secara rasmi pada pagi Selasa.
Menerusi sebuah video pengenalan, pemain berusia 35 tahun itu disAll Postsahkan menyertai Harimau Selatan bagi memperkukuh benteng pertahanan untuk aksi AFC Champions League Elite (ACLE).
“Dari La Liga ke Ligue 1, kemudian ke Saudi, kini bersedia menggegar gelanggang Harimau Selatan! Selamat datang, Alvaro Gonzalez!” demikian pengumuman rasmi kelab menerusi media sosial.
Alvaro memulakan kerjaya profesionalnya di Sepanyol bersama Racing Santander sebelum meneruskan perjalanan bersama Real Zaragoza dan Espanyol.
Tempoh paling menonjol dalam kariernya adalah bersama Villarreal CF, di mana dia mendapat pengiktirafan meluas sebagai seorang pemain pertahanan.
From La Liga to Ligue 1 and Saudi, and now to the home of the Southern Tigers — Alvaro Gonzales !#NewSigning#AlvaroGonzalez#SouthernTigers#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/2mY0RJT2j5
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 4, 2025
Alvaro menyertai JDT selepas dilepaskan oleh kelab Arab Saudi, Al-Qadsia, dan memiliki pengalaman luas beraksi di liga Sepanyol serta Perancis bersama kelab-kelab ternama.
Dia dijangka menjadi aset penting buat JDT, lebih-lebih lagi menjelang pertembungan menentang Central Coast dari Australia pada Selasa depan.
Dengan pengalaman luas di pentas Liga Juara-Juara UEFA (UCL) serta 451 penampilan dalam pelbagai kejohanan—termasuk 10 gol dan 12 bantuan jaringan—kehadirannya pasti memberi dimensi baharu kepada skuad kendalian Hector Bidoglio.