ARAB Saudi kini giat membuat persiapan untuk menganjurkan edisi keenam Sukan Solidariti Islam yang dijadual berlangsung dari 7 hingga 21 November 2025 di ibu negara, Riyadh.

Temasya pelbagai sukan itu bakal menghimpunkan atlet elit dari 57 negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang akan berentap dalam 23 acara bertaraf dunia di pelbagai venue sekitar bandar raya tersebut.

Sukan Solidariti Islam merupakan acara pelbagai sukan ketiga terbesar di dunia selepas Sukan Olimpik dan Sukan Asia. Kejohanan ini bukan sahaja menonjolkan bakat sukan negara Islam, malah memperkukuh semangat perpaduan di kalangan umat Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Tertinggi, DYMM Putera Fahad bin Jalawi, bersama ahli-ahli ISSA ketika lawatan mereka ke Perkampungan Atlet ISG 2025.

Arab Saudi turut berbangga kerana menjadi tuan rumah edisi sulung pada 2005 sekali gus menjadi negara kelahiran temasya berprestij ini.

Malaysia pula mempunyai rekod cemerlang di pentas tersebut apabila menghuni tangga ke-10 dalam pungutan pingat keseluruhan dengan koleksi 91 pingat – 33 emas, 23 perak dan 41 gangsa.

Dengan fasiliti sukan moden yang sedia digunakan dan persiapan akhir sedang giat dijalankan, Riyadh 2025 dijangka berlangsung meriah sebagai sebuah pesta sukan dan budaya yang menyatukan dunia Islam.