PENJAGA gol pasukan Indonesia B-23, Muhammad Ardiansyah mendedahkan bahawa keyakinan diri yang tinggi menjadi kunci kejayaannya menyelamatkan sepakan penalti pemain Thailand, Yotsakorn Burapha.
Penjaga gol pasukan PSM Makasar itu juga dipuji kerana tampil cemerlang sepanjang perlawanan separuh akhir menentang Thailand.
Beliau menyatakan bahawa pada saat sepakan penalti terakhir, keyakinannya berada pada tahap tertinggi.

Penjaga Gol Indonesia B-23, Muhammad Ardiansyah. (Sumber Gambar: Kompas TV)
Kepercayaan diri itulah yang membantu beliau menepis sepakan Yotsakorn Burapha dan menjadi faktor penting kemenangan Indonesia ke atas Thailand menerusi sepakan penalti.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada jurulatih penjaga gol kerana telah memberi kepercayaan kepada saya.
“Beliau banyak membantu saya terutama sekali dalam menghadapi sepakan penalti,” tambahnya semalam.
Pasukan Indonesia bakal bertemu Vietnam bagi aksi final Piala Mandiri ASEAN B-23 pada hari Selasa ini.