JURULATIH Liverpool, Arne Slot menilai Mohamed Salah adalah pemain istimewa walaupun situasi kontraknya tidak jelas.
Slot memberikan pujian selepas Liverpool seri 3-3 menentang Newcastle United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di St James’ Park, awal pagi Khamis. Dalam perlawanan itu, Salah menjaringkan dua gol dan memberikan satu bantuan.
Dua gol tambahan bermakna Salah telah menjaringkan 15 gol dalam semua pertandingan, dengan sembilan daripadanya datang dalam tujuh perlawanan terakhir dalam EPL.
“Sukar untuk saya meramal masa depan tetapi satu perkara yang boleh saya katakan ialah dia berada di tempat yang sangat baik pada masa ini. Dia bermain dalam pasukan yang sangat baik yang memberinya peluang baik dan kemudian dia mampu melakukan perkara yang istimewa.
“Dan apa yang membuatkan ia lebih istimewa bagi saya ialah pada jam pertama (menentang Newcastle) atau sebelum kami menjaringkan gol yang menjadikan kedudukan 1-1, anda fikir dia tidak bermain yang terbaik hari ini,” kata Slot selepas perlawanan.
Arne Slot sends 'special' Mohamed Salah contract message in Newcastle post-match interview 🔴✍️https://t.co/Z3rphPRF8P pic.twitter.com/DlvVUUGH1O
— Liverpool.com (@Liverpoolcom_) December 4, 2024
Bintang Mesir itu menjaringkan dua gol yang membolehkan Liverpool mendahului 3-2 tetapi Newcastle menyamakan kedudukan menjelang akhir perlawanan.
“Kemudian dia menjaringkan satu assist, dua gol, rembatannya terkena palang dan terus menjadi ancaman dalam masa setengah jam atau 45 minit. Itu bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh ramai pemain dan itu juga yang membuatkan dia istimewa. Dia pemain istimewa, tetapi kita semua tahu itu,” ujar Slot.