PELARI pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi menamatkan saingan acara 100 meter (m) di tempat keenam pada Kejohanan East Coast Relays di Jacksonville, Florida, awal pagi Ahad.
Muhammad Azeem yang mewakili Universiti Auburn menamatkan perlumbaan dengan catatan 10.14 saat (s) pada kejohanan yang berlangsung di University of North Florida.
Catatan itu sekali gus memperbaiki rekod perlumbaan 100m pertamanya di Amerika Syarikat ketika menjuarai Kejohanan Florida State University (FSU) Relays yang hanya mencatatkan 10.32s pada Mac lalu.
Uniknya, dia miliki larian lebih baik menewaskan juara pingat emas Kejohanan Olahraga Remaja Dunia 2015, Abdul Hakim Sani Brown dari Jepun yang sekadar menamatkan saingan di kedudukan ketujuh.
Collegiate best for @_azeemf at the East Coast Relays!
100m ➡️ 10.14
#WarEagle pic.twitter.com/wRsdHeYn9j
— Auburn Track & Field (@AuburnTFXC) April 29, 2023
“10.14s and we back to work! (10.14s dan kita kembali bekerja!) Alhamdullilah,” kata Muhammad Azeem menerusi laman Twitter.
Kejohanan East Coast Relays itu dimenangi oleh Cejhae Greene mewakili Puma dengan 10.01s, diikuti wakil Tumbleweed Track Club, Xie Zhenye (10.06s) dan Dominique Alexander dari Universiti Campell di tempat ketiga (10.11s).
10.14s and we back to work ! alhamdulillah 🙏🏻
— azeemfahmi (@_azeemf) April 29, 2023
ARTIKEL BERKAITAN : Azeem Fahmi menang 100 meter FSU Relays